Latar Belakang Syarikat
Fars Q Beauty (SA0537334-K) adalah syarikat enterprise bumiputera yang didaftarkan pada pertengahan Disember 2019, yang diketuai oleh dua orang yang berpengalaman di dalam bidang peniagaan dan berpengalaman di dalam bidang pemasaran digital selama 7 tahun.
Fars Q Beauty menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman, aksesori kecantikan wanita dan lain-lain yang berasaskan pembuatan secara sendiri “homemade”.
Syarikat Fars Q Beauty mula menjalankan perniagaan pada awal Januari 2020 dengan mengeluarkan produk minuman homemade Kembali Dara di mana pada ketika itu, minuman Kembali Dara masih di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan ujian makmal daripada agensi ujian makmal yang sah. Tujuan kami menjalankan ujian makmal adalah untuk memastikan penjualan Kembali Dara adalah selamat dan perlu meyakinkan penggemar jamu dengan kelulusan ujian makmal yang diperoleh. Kembali Dara adalah minuman homemade segar yang diadun bersama 15 resipi organik turun-temurun tanpa sebarang bahan pengawet bagi mengekalkan kesegarannya tersendiri.
Program Usahanita
Fars Q Beauty juga menerima jemputan untuk mengikuti Program Usahanita selama 6 hari bermula 11/2/2020 - 17/2/2020 (7 hari) dalam usaha memperkenalkan produk homemade Kembali Dara keluaran bumiputera kepada agensi berkaitan seperti Mara, Tekun, SME Bank dan lain-lain pada ketika itu. Fars Q Beauty juga menjadi sebahagian di antara syarikat kecil bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat gergasi di Malaysia jika menemui rentak dan peluang yang tepat dalam industri perniagaan makanan dan minuman, kerana perlu bersaing dengan ratusan jenama jamu homemade yang terkenal dan perlu mendapat tempat di hati penggemar jamu homemade. Bermula daripada itu, Fars Q Beauty mula mengorak langkah awal dengan membuat strategi pelan pemasaran menggunakan pelbagai platform dalam memastikan produk Kembali Dara dikenali dan diminati oleh para penggemar minuman jamu homemade di luar sana.
Updated on: 10/6/2020, 1:31P
Copyright © 2020 Fars Q Beauty (SA0537334-K) - All Rights Reserved.